Perlindungan Insuran Hayat ?

Membeli insurans hayat untuk diri sendiri atau mereka yang tersayang dapat membantu anda daripada segi kewangan ketika dalam kesusahan. Waris anda layak menerima sejumlah wang daripada polisi anda jika anda meninggal dunia. Anda juga boleh menerima pampasan ke atas sebarang kecacatan kekal yang menimpa anda.

Mengapa Saya Perlu Membeli Insurans Hayat?

  • Bagi memastikan keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda.
  • Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.
  • Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan sebagai sumber pendapatan apabila bersara.

Jenis-Jenis Polisi Asas

  • Insurans bertempoh
  • Insurans hayat seumur hidup
  • Insurans endowmen
  • Insurans berkaitan pelaburan
  • Pelan anuiti hayat
  • Perlindungan/‘rider’ tambahan
  • Insurans bertempoh gadai janji berkurangan (mortgage reducing term assurance – MRTA)

Apakah Polisi Yang Patut Saya Beli?

Apabila memilih polisi, anda harus:

  • Memilih polisi yang sesuai dengan peringkat hidup anda
  • Memahami skop perlindungan yang ditawarkan polisi tersebut
  • Mengetahui apa yang akan terjadi jika anda perlu menukar polisi
  • Memberi maklumat penuh dan tepat di dalam permohonan anda

Leave a comment