Apakah ciri-ciri PRUcash?

Apakah ciri-ciri PRUcash?

PRUcash ialah polisi bertempoh tetap yang boleh dibeli untuk jangka masa 20 hingga 30
tahun, dalam gandaan 2 tahun, dengan premium yang dibayar sepanjang tempoh polisi.
Manfaat kehidupan sebanyak 6% daripada jumlah diinsuranskan akan dibayar setiap dua
tahun untuk membekalkan aliran tunai kepada anda. Wang tunai tambahan ini
membolehkan anda mengecapi nikmat kecil kehidupan. Oleh itu, sambil anda menabung
untuk masa depan, anda tidak akan terlepas peluang menikmati kemanisan hidup.
Anda boleh memilih untuk menerima manfaat kehidupan dalam bentuk wang tunai atau
mengumpulkannya dan memperolehi faedah terkompaun sepanjang tempoh polisi.
Sekiranya orang yang diinsuranskan meninggal dunia, pewaris akan menerima jumlah
diinsuranskan sepenuhnya, serta bonus yang disertakan dan tunai terkumpul, tanpa
mengira jumlah manfaat kehidupan yang sudah pun dibayar.

Leave a comment